Sunday, 30 September 2012

MasAk MaSak lagi......ikan singgang version cikgu Sya

salam dan salam 1 Malaysia......
hari Jumaat haritu dah kuar budget 2013....PM bentangkan banyak benda tp yg paling cikgu sya ingat tak lain tak bukan mestilah pasal bonus....hahahaha Alhamdulillah rezeki Allah.....

key hari ni hari ahad cuti hujung minggu hehehe sebenarnya bukan nak citer pasal budget 2013 or bonus tp nak citer pasal satu lg masakan yg diturunkan oleh mama cikgu Sya.....hehe oleh kerana pagi tadi cikgu Sya sarapan "besar" (cikgu sya buat lempeng bersama sardin+ hubby beli roti canai kih3) & nak mula diet nasi wahahahaha so untuk lunch cikgu Sya masak untuk en hubby lauk ringkas je....(incik hubby yg minta lg pun...lauk ringkas)iaitu IKAN SELAR MASAK SINGGANG..........

BAHAN2
-2 ekor ikan selar

-2 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih (ulas yg besar lg gemuks)
-1 tangkai lada merah
-1/2 inci halia
-1/2 inci kunyit
-1 cawan air asam
-1 keping asam (ikutla nak letak ke tak)
-1 tangkai lada hijau belah dua sebagai hiasan.
-kalau ada daun kunyit lg bagus letak (cikgu sya malas nak kua g beli so ganti dengan lada hijau)
-garam secukup rasa

CARA MEMASAK

-tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, dan lada merah.......
-tumiskan bahan yg ditumbuk, minyak jgn banyak tau...

-kemudian setelah naik bau,masukkan air...
-selepas beberapa ketika masukkan ikan
-seterusnya tunggu mendidih sedikit dan masukkan air asam bersama asam keping tadi.
- letakkan garam secukup rasa...
-dan akhir sekali letakkan hiasan iaitu lada hijau dibelah tengah

- SIAPPPPPPPPPP mudah kan......
hehehe gambar x bape menarik coz amik pic masa tgh dalam periuk ...